Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat beranak, di kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh pada Rabu, direman tiga hari, sehingga Sabtu.<br /><br />Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin selepas mendapat permohonan daripada pihak polis, bagi membantu siasatan.